Sabtu, 1 Ogos 2015

Masakan Melayu Terbaik Sepanjang Zaman

Masakan Melayu adalah masakan orang Melayu dari Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei yang dahulunya merupakan gugusan kepulauan melayu atau di kenali sebagai Nusantara. Setiap wilayah tradisional Melayu mempunyai makanan tradisional yang tersendiri - contohnya Terengganu dan Kelantan terkenal dengan Nasi dagang, Nasi kerabu dan Keropok lekor, Negeri sembilan dengan Gulai lemak cili api, Pahang dan Perak dengan Gulai Tempoyak Ikan Patin, Kedah dengan Asam laksa dan Gulai nangka, Melaka dengan Asam pedas, Johor dengan Mi Bandung, Riau dengan hidangan ikan Patin;Gulai ikan patin dan Asam Pedas ikan patin, Melayu Deli di Medan Sumatera Utara terkenal dengan Nasi goreng teri Medan dan Gulai Ketam dan Brunei dengan hidangan Ambuyat.

Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus yang banyak, serta santan yang penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa seperti belacan dan budu adalah penting untuk menambah kesedapan makanan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama-sama dengan cili, bawang dan bawang putih untuk menghasilkan sambal, satu lagi perasa utama dalam hidangan. Masakan Melayu juga banyak menggunakan lengkuas dan serai makan.



Jumaat, 31 Julai 2015

Sungai Tekala, Hulu Langat, Selangor.

Sungai Tekala merupakan taman reaksi yang begitu menyeronokkan. Ianya menjadi tumpuan warga kota untuk beriadah. Keunikan alam semula jadi meriahkan suasana.Jaraknya dari Semenyih ialah 16 kilometer dan 23 km dari bandar Kajang. Dari Kuala Lumpur 48 km atau 45 minit dengan berkereta. Air terjun ini begitu jernih dan alam persekitaran begitu damai sekali serta boleh melapangkan fikiran.Keluasan kawasannya lebih dua setengah ekar dan terdapat tujuh tingkat air terjun dari bawah sampai ke puncaknya...Klik>>> Tekala Fall untuk gambaran sungai tekala sebelum berkunjung.

 tekala01.JPG

tekala05.JPG

Khamis, 30 Julai 2015

Pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan


Pantai Teluk Kemang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Jaraknya cuma 10 km ke selatan bandar Port Dickson. Kawasan perkelahan ini disebut sebagai Port Dickson sahaja, walaupun sebenarnya kawasan perkelahan itu terletak di sepanjang pantai Teluk Kemang.Pantai ini popular di kalangan penduduk Lembah Kelang dan lain-lain untuk mandi-manda terutama pada hujung minggu. Untuk lebih informasi >>>> Pantai Teluk Kemang







Kembara Sungai Pisang

Kedinginan pagi menyelubungi segenap udara.
Bunyi sang penghuni alam flora fauna mengiramakan suasana..
Hari yang baik untuk memulakan ekspedisi perkhemahan dengan rakan sekerja. Mengasingkan diri daripada kesibukan di ibu kota.
Destinasi pilihan pada kali ini ialah 'Sungai Pisang Waterfall''. Walaupun tempatnya jarang diketahui umum, namun ia memiliki suasana pengembaraan yang begitu menakjubkan... Cerita panjang lebar nanti you all boring pula... pendekkan cerita, klik ini>>>> Pisang Fall


here we go...


abaikan 'abang seksi' dibelakang

Perkhemahan di Rompin, Pahang

Meneroka alam sekitar disamping bekhemah dengan pelbagai aktiviti-akitivi yang disediakan. Menjadikan hujung minggu anda lebih bermakna.... Jom tengok yang ini... >>>Camping Club Of Malaysia


Rabu, 29 Julai 2015

Perkhemahan di Slim River, Perak.



Kami menyediakan pakej perkhemahan (camping package) di campsite kami yang terletak 15 minit daripada Kampung Ulu Slim. Kampung Ulu Slim ini terletak 1 jam 30 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur ataupun lebih kurang 50 minit dari Ipoh. Exit PLUS yang terdekat adalah Behrang daripada arah Utara dan Tanjong Malim daripada arah selatan. Dari pekan Slim River pula, ia cuma perjalanan 25 minit. Untuk anda yang berminat dan sedang mencari pakej perkhemahan di Perak, baca seterusnya:
Kawasan perkhemahan (campsite) kami mempunyai kemudahan seperti bilik mandi dan tandas. Kawasan perkhemahan terletak di tepi sungai. Pokok-pokok yang besar dan rendang membuatkan kawasan perkhemahan ini amat selesa untuk pengunjung-pengunjung. Tempat kami ini boleh memuatkan sehingga 100 orang pengunjung tanpa bermalam ataupun sehingga 60 orang pengunjung untuk pakej bermalam.
camping sungai ulu slim_optTempat perkhemahan ini amat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan ataupun untuk beriadah. Ia juga sesuai untuk aktiviti sekolah, kolej dan universiti mahupun untuk syarikat-syarikat dan badan kerajaan. Terdapat berbagai-bagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti kem motivasi, team building, dan lain-lain. Aktiviti white water rafting adalah yang salah satu aktiviti yang terdapat di sini memandangkan sungainya adalah Gred 3 dengan perjalanan atas sungai sejauh 7km. Ada yang telah berakit arus deras di sini dan telah mengatakan bahawa sungai ini adalah lebih baik daripada yang terdapat di Gopeng atau Sungai Kampar.
Antara aktiviti-aktiviti lain yang ada termasuklah jungle trekking, team building, treasure hunt, drum circle dan lain-lain. Kami mempunyai fasilitator dan kakitangan yang akan menjalankan aktiviti-aktiviti ini. Jika ada apa-apa soalan bolehlah diajukan kepada kami melalui email.

Contoh Pakej Perkhemahan
  • Khemah saiz untuk 6 orang tetapi kami muatkan 4 pax maksima – selesa dan luas.
  • Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam – tak perlu pening tentang memasak
  • Minum petang dan malam – juga boleh ditambah jika mahu
  • Pengangkutan pergi-balik daripada Kampung Ulu Slim ke campsite oleh kerana memerlukan pengangkutan 4WD di trek off-road – melainkan anda ada 4×4 sendiri.
  • Kegunaan kemudahan yang terdapat di campsite – kawasan selesa dan selamat
student camping program 2015_opt
Pakej Perkhemahan Tidak Termasuk
  • Pengangkutan ke Kampung Ulu Slim daripada tempat anda – ini anda boleh lakukan sendiri
  • Aktiviti-aktiviti (boleh dirancang dengan kami untuk dimasukkan ke dalam pakej)