Kami menyediakan pakej perkhemahan (camping package) di campsite kami yang terletak 15 minit daripada Kampung Ulu Slim. Kampung Ulu Slim ini terletak 1 jam 30 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur ataupun lebih kurang 50 minit dari Ipoh. Exit PLUS yang terdekat adalah Behrang daripada arah Utara dan Tanjong Malim daripada arah selatan. Dari pekan Slim River pula, ia cuma perjalanan 25 minit. Untuk anda yang berminat dan sedang mencari pakej perkhemahan di Perak, baca seterusnya:
Kawasan perkhemahan (campsite) kami mempunyai kemudahan seperti bilik mandi dan tandas. Kawasan perkhemahan terletak di tepi sungai. Pokok-pokok yang besar dan rendang membuatkan kawasan perkhemahan ini amat selesa untuk pengunjung-pengunjung. Tempat kami ini boleh memuatkan sehingga 100 orang pengunjung tanpa bermalam ataupun sehingga 60 orang pengunjung untuk pakej bermalam.
Tempat perkhemahan ini amat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan ataupun untuk beriadah. Ia juga sesuai untuk aktiviti sekolah, kolej dan universiti mahupun untuk syarikat-syarikat dan badan kerajaan. Terdapat berbagai-bagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti kem motivasi, team building, dan lain-lain. Aktiviti white water rafting adalah yang salah satu aktiviti yang terdapat di sini memandangkan sungainya adalah Gred 3 dengan perjalanan atas sungai sejauh 7km. Ada yang telah berakit arus deras di sini dan telah mengatakan bahawa sungai ini adalah lebih baik daripada yang terdapat di Gopeng atau Sungai Kampar.
Antara aktiviti-aktiviti lain yang ada termasuklah jungle trekking, team building, treasure hunt, drum circle dan lain-lain. Kami mempunyai fasilitator dan kakitangan yang akan menjalankan aktiviti-aktiviti ini. Jika ada apa-apa soalan bolehlah diajukan kepada kami melalui email.
Contoh Pakej Perkhemahan
- Khemah saiz untuk 6 orang tetapi kami muatkan 4 pax maksima – selesa dan luas.
- Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam – tak perlu pening tentang memasak
- Minum petang dan malam – juga boleh ditambah jika mahu
- Pengangkutan pergi-balik daripada Kampung Ulu Slim ke campsite oleh kerana memerlukan pengangkutan 4WD di trek off-road – melainkan anda ada 4×4 sendiri.
- Kegunaan kemudahan yang terdapat di campsite – kawasan selesa dan selamat

Pakej Perkhemahan Tidak Termasuk
- Pengangkutan ke Kampung Ulu Slim daripada tempat anda – ini anda boleh lakukan sendiri
- Aktiviti-aktiviti (boleh dirancang dengan kami untuk dimasukkan ke dalam pakej)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan